Monday 4 April 2011

Aku….

ZAIDEE itu lah namaku….ramai orang yang memanggilku dengan nama itu, kawan-kawan ada yang panggil Zai atau Edy..aku tidak kisah dengan apa cara sekalipun meraka memanggilku asalkan tidak menyakiti perasaan ini.. Berumur 20 tahun pada tahun ini, macam tak percaya je kan...ha3. Tapi itulah rumlah manusia semakin hari semakin meningkat usianya..pada waktu sekarang aku masih menetap di Perak tempat aku belajar di Uitm Sri Iskandar...asal mana? Tak perlu la...
Aku seorang yang ‘fun’ suka buat lawak gak dan pemalu....ramai orang yang tidak mengenali ku merasa aku seorang yang sombong tetapi sebenar-benarnya seorang yang pemalu..perwatakan aku macam lembut-lembut je macam budak-budak sikit tengok muka aku lah macam budak-budak gak tetapi ramai tak tahu aku ni ada baran!! Tak delah gurau je...aku tak suka orang baran ni geram pulak rasanye walupun begitu aku suka membantu kawan-kawan yang memerlukan pertolongan..*(sweet katakan).


Teman wanita*(awek)...aku masih single lagi walaupun dah lame duk kat sini aku bukan seorang gay*(serious aku geli)..bukan tak nak cari awek tapi aku rasakan jadi single ni lebih mudah kerana rasa bebas dan boleh pandang perempuan lain*(usha..) tulah kalau bererita tentang awek aku malas nak layan bila orang tanye,nanti dah kahwin akujemputlah ha3..
Duduk asrama....ni kali pertama aku menetap di asrama penuh...selama ni tak pernah pun berjauhan dengan keluarga, mula-mula masuk kolej nak nangis pun ada...tapi lame-lame ok gak r, rasa macam rumah kedua pulak duk kat bilik*(tak sabar nak balik rumah) tapi duduk lama-lama kat asrama tak boleh jugak...fuhh tension kot hari-hari menghadap muka roomate je.. ha3...Aku harap aku akan menjadi yang terbaik di antara yang terbaik..

Saturday 2 April 2011

MyDream Car

Proton Satria Neo R3...bergaya kot.  Semua orang mesti impikan kereta idaman yang mewah seperti Honda, BMW, Mercs, Toyota tapi bagi aku, kereta buatan Malaysia ini lebih menarik dan memadai.  Aku memang minat kereta proton....Malaysia boleh..

My Ambition

Orang tua mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya. Setiap orang ingin berjaya dalam kehidupannya, begitu juga aku. Cita-cita aku ingin menjadi seorang Pegawai Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Minat ini timbul sewaktu aku belajar di sini. Rasuah ialah musuh negara nombor satu ia telah menjadi isu yang biasa pada masa sekarang, oleh itu aku ingin mengekangnya dari berleluasa. Kerana rasuah juga, telah menyebabkan sesetengah orang hidup mewah hasil duit haram yang diterimanya. Menjadi seorang yang jujur ketika bekerja memang susah, kita mesti alpa dengan wang yang dihulurkan tetapi aku telah bertekad dalam hati tidak akan sesekali tunduk dengan wang haram biarlah kerja itu susah tetapi hasilnya halal.

Rahsia wanita

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya seorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah. ..
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Tuesday 29 March 2011

Biometric Input

Is the technology of authenticating a person’s identify by verifying a personal characteristic. Biometric Input grant user’s access to programs, systems or room by analyzing some physical body characteristic likes fingerprints, hand geometry, facial features, voice, signature and eye patterns.

Types of Biometric Input

Finger print reader: Captures curves and indenpetations of a finger print. Allow access program using finger print instead of entering a user name or password.

Face recognition system: Captures a live face image and compares it with a stored image to determine if the person is a legitimate user. Been use to access to room.

Voice verification system: Compares a person live speech with their stored voice pattern. Company uses this technology for access to sensitive files and networks.

Signature verification system: recognizes the shape of your handwritten signature as well as measure the pressure exerted and the motion used to write signature. It uses specialized pen and tablet.

Iris recognition systems: Iris recognition technology use to read pattern in the iris of the eye. It’s so expensive and been use by a government and certain company that deal with highly sensitive data.

Retinal scanner: Use eye but scan pattern of blood vessel in the back of the retina.