Orang tua mana yang tidak mahu melihat anak-anaknya berjaya. Setiap orang ingin berjaya dalam kehidupannya, begitu juga aku. Cita-cita aku ingin menjadi seorang Pegawai Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Minat ini timbul sewaktu aku belajar di sini. Rasuah ialah musuh negara nombor satu ia telah menjadi isu yang biasa pada masa sekarang, oleh itu aku ingin mengekangnya dari berleluasa. Kerana rasuah juga, telah menyebabkan sesetengah orang hidup mewah hasil duit haram yang diterimanya. Menjadi seorang yang jujur ketika bekerja memang susah, kita mesti alpa dengan wang yang dihulurkan tetapi aku telah bertekad dalam hati tidak akan sesekali tunduk dengan wang haram biarlah kerja itu susah tetapi hasilnya halal.
No comments:
Post a Comment